Teknik Fotografi RULE OF THIRD !! - Today, 02:36 PM
Baiklah.. apa itu RO3? pertamanya, anda perlu membuatkan 2 garisan menegak dan 2 garisan melintang yang menyilangi 2 garisan menegak tadi.. Faham x? kalau x fhm, tgk pada gmbr ni...
Apabila anda hendak mengambil sesebuah gambar, anda perlu membayangkan titik persilangan ini . Titik persilangan dalam garisan ini memberi anda peluang untuk memilih bagi meletakkan 'centre of interest' untuk komposisi yang baik. 'Centre of interest' boleh saya katakan sebagai fokus utama kita.
Senang kata, 4 titik persilangan(yang digelapkan pada gmbr) adalah titik2 terbaik untuk anda meletakkan subjek atau fokus anda.. tapi ingat, ada beberapa perkara dan teknik lagi yang perlu anda ikuti untuk menghasilkan sesebuah gambar yang menarik.
photo96.com
Lihat pada gambar burung yang kedua. subjek fokus diletakkan di persilangan atas sebelah kiri. Dengan kedudukan begini, gambar lebih mempunyai maksud dan cerita. Ke mana ia terbang dan sebagainya.
ini antara contoh2 yang lain.
Harus di ingat, apabila kita mengambil gambar sesuatu yang bergerak, contohnya orang berlari, berjalan, melompat dan sebagainya, ruang ke mana arah ia bergerak itu harus lebih bagi menampakkan jalan ceritanya. contohnya pada gambar berikut :
Lihat pada gambar motor yang bergerak. subjek fokus di letakkan di sebelah kiri dan arah kemana motor itu menuju, di biarkan lebih agar adanya penceritaan dalam gambar. begitu juga pada gambar orang yang sedang berlari.
RO3 tidak hanya tertumpu kepada titik2 persilangannya sahaja, namun, penggunaan garis lurus menegak dan mendatar juga boleh digunakan seperti berikut:
anekapol
Untuk mendapatkan gambar yang menarik menggunakan teori ini, subjek tidak perlu kena tepat pada titik persilangan pun tidak mengapa. Memadai menghampiri titik2 persilangan itu, sudah mencukupi. Banyakkan berlatih, anda akan memahaminya.